Thursday, July 3, 2008

AKU MARAH DENGAN SEMUA PEMIMPIN MELAYU!

Bagi aku sekarang! Baik PEMBANGKANG mahupun KERAJAAN! SAMA SAHAJA! Kita dah hidup di penghujung akhir zaman ni mana ada org yang telus dalam tampuk pimpinan, sebab kukuhnya adalah satu, kita ini hanyalah MANUSIA BIASA! Baik USTAZ mahupun Professor! Bila join politik bermaksud inginkan KUASA! (hanya 10% (biasanya pemimpin besar) yang betul-betul berjuang demi parti dan selebihnya (pengikut- baik Kerajaan mahupun Pembangkang) mereka lebih kepada kepentingan sendiri walaupun berkata menyokong penuh tampuk pimpinan meraka (mereka ini pengampu atau pengambil kesempatan diatas kepercayaan yang diberi oleh pemimpin mereka sendiri)! KEADILAN, KEBAJIKAN, AGAMA dan PEMBANGUNAN hanyalah sekadar dasar saja bagi mengaburi mata rakyat! Akibatnya? Rakyat akan terus gelabah tanpa ARAH, pemikiran mereka ditanam dengan entah apa ideology, kehidupan mereka hanyalah sekadar untuk memenuhi perut sendiri dan bukan lagi meletakkan pencapaian keagungan bangsa (terutamanya bangsa MELAYU) pada masa akan datang!

Di zaman yang penuh dengan teknologi tanpa HAD! Pemikiran bangsa MELAYU nampaknya semakin sempit di mana kotak yang mereka tinggal didalamnya tidak dapat mereka pecahkan! Malah kotak itu semakin besar, semakin tebal dan semakih kukuh dindingya umpama besi TATINIUM.

Aku berharap akan wujud mereka yang berfikiran seperti Onn Jaafar, yang sanggup menolak kepentingan sendiri. Tidak takut dengan pemimpin luar (bangsa eropah-kalau sekarang Amerika), Berani menegur salah laku raja-raja mahupun pemimpin besar (dengan cara terbaik-bukan dengan emosi). Beliau berjaya mengabungkan semua pemikiran org melayu (semua raja dan pemimpin seluruh Malaysia-tanah melayu) ketika itu bagi membuka pintu untuk pemimpin akan datang dalam membentuk Negara Malaysia. Sedangkan ketika itu tiada pihak kerajaan mahupun pembangkang, Sedangkan org melayu ketika itu masih kuat dengan fahaman Hindhuism walaupun beragama ISLAM.
Tujuan Onn jaafar dalam arena politik ketika itu hanyalah SATU! Menyatukan seluruh Masyarakat MELAYU tidak kira darjat atau darjah kebesaran mahupun cara fahaman mereka berbeza, kerna bagi beliau jika suatu ketika dahulu bangsa asing harus bercakap bahasa melayu jika datang berdagang ke MELAKA. Adakah Kemajuan dan ketamaduan itu tidak boleh dibangkitkan kembali?
Onn Jaafar menjadi pemimpin:
- Bukan untuk diri sediri.
- Bukan untuk kekayaan diri.
- Bukan untuk kepuasan sendiri
- Bukan untuk menyebarkan ideology sendiri
- Bukan untuk kesenangan puaknya sendiri
- Bukan untuk menunjukkan kehebatan diri sendiri (sedangkan masa di England merupakan

pelajar yang lebih cemerlang dari orang british).

Tujuannya satu, supaya SELURUH bangsa MELAYU BERSATU.
Kerna jika SEMUA MELAYU bersatu Negara ini akan berkembang maju
Malah bangsa lain akan bersatu hati dengan MELAYU dalam mengembangkan ketamadunan di NEGARA MALAYSIA INI.
INSYAALLAH.

2 comments:

Wee Hoe said...

I agree with your view points up to certain degree. I sincerely hope very soon, a leader like the late Dato' Onn Jaafar will emerge for the benefits of all Malaysian. Before that, let's play our role and responsibilities as a Malaysian.

Anonymous said...

mainan politik jaaa