Thursday, June 5, 2008

Minyak naik @ Naik Minyak!

Minyak petrol naik 0.78 sen! Harga beras 10kg berharga 30 ringgit lebih! Elektrik akan ada takrif baru! dan macam kenaikan yang mendadak(senang kata teruk) pada tahun ini! membuatkan hati ini mengeluh panjang memikirkan perbelanjaan pada masa akan datang! sekarang aku ada anak sorang dan masih kecil. Bagaimana mereka yang ada anak lima? Kos perjalan ke utara (minyak campur tol) mencecah Rm600! giler apa! bagi aku pulak kos nak balik pahang akan naik hampir rm200.00 untuk minyak dan tol sahaja (itupun kalau tol tak naik! kaaan). Nak makan waktu lunch sekarang pun aku dah start berkira sebab kedai sekitar opis aku harga berkemungkinan akan naik bila aku tanya sorang tokey kedai kat sini! mmmm macam mana laaa bebudak nak belajar dengan kos makan mahal macam ni kan! Cuba korang bayangkan kalau satu famili tu ada 5 orang anak yang bersekolah dan kos makan adalah dalam 5 ringgit sorang! itu maknanyer bapak diorang kena keluarkan 25 ringgit sehari untuk wang belanjer anak! seminggu rm 125.00 bermaksud sebulan wang belanjer anak sebanyak rm500.00! macam mana dengan sewa rumah belanjer dapur dan macam2 lagi! Lebih2 lagi kalau sibapak berpendapatan rm 800.00dan duduk plak kat KL (Mampus la jawabnyer)
Aku lihat inflasi tahap tertinggi akan berlaku dalam setahun dua ni. Bukan aku tak sokong kerajaan tapi aku lihat sistem kerajaan semakin longgar dalam bentuk pemantauan! Aku berani bet minggu depan pelbagai kenaikan akan terus berlaku.
Apa dah jadi dengan sistem kerajaan sekarang?Tidakkah kerajaan tahu golongan melayu adalah golongan tertinggi peratusnya yang berpendapatan rendah itu tak termasuk mereka yang muflis kerna kecuaian penggunaan kad kredit! hampir 400 000 ribu penganggur plak kebanyakkannyer org melayu! Kesan inflasi pulak akan membawa kesan masalah sosial kat negara ini. Skim pembiayaan pendidikan pulak semakin tinggi (Education is a big bussines). Mungkin negara malaysia ini akan menjadi seperti india di mana org kaya akan makin kaya dan org miskin akan lebih miskin! Adakah itu yang kerajaan kita inginkan atau sedang lakukan dalam tanpa sedar! Kot kotnyer org2 berpangkat besar dalam kerajaan ni tentulah dah belajar STATISTIK! takkan diorang tak melihat keputusan statistik negara dua tiga tahun kebelakangan ini kesan dari kenaikan harga minyak dan barang? ker diorang ni dah kena elektrik statik sebab dek kena elektrik oleh org tertentu dalam kerajaan! Aku tak salahkan Pak Lah sebab dia dah berumur! tapi aku salahkan org bawahannyer yang masih muda dan kononyer berpengetahuan luas dan pandangan jauh(untuk diri sediri kot).
Kita ni baru jer 50 tahun merdeka, baru 10 tahun pakai internet, baru 20 tahun ada perkhimatan tandas awam, baru 10 tahun pakai LRT, baru 20 tahun kfc ada kat malaysia ni (jangan bandingkan dengan Amerika yang dah 250 tahun merdeka! atau mana2 negara maju ok!), dan macam2 lagi lah yang masih baru dalam 50 tahun kita merdeka, ni termasuk 2 kali kejatuhan ekonomi. Dan sekarang kita diambang kejatuhan sekali lagi! Rakyat kita baru nak bergerak maju tetapi nampaknyer bakal ramai yg terkandas, dan mereka yang dah terkandas mungkin kali ni akan tertimbus terus.
sebagai salah seorang ahli penggerak ekonomi negara aku sarankan pemimpin negara buat lah perancangan negara untuk jangka masa yang lebih jauh. kalau Tun Mahathir mewujudkan wawasan 2020 apakah wawasan baru pemimpin sekarang? buat laaa wawasan 2200 pulak!
so apa korang fikirkan? Korang fikirkan sendiri! (cilok ayat Nabil ni! muahahahaha)

No comments: